Friday, 30 December 2011

pegangan yang satu


Kecelaruan,kekeliruan..
Ke manakah hilangnya nilai ukuran
Identiti..idealisme..personaliti?
Di manakah tersimpangnya
Kesedaran hati,jiwa dan perasaan?
Bagi individu yang bergelar..
ISLAM??

Saban hari semakin pudar
Semakin samar
Adakah kita sedar akan
Kehilangan?
Individu yang hati dan jiwanya
Segar dengan islam
Kini kian pupus
Dan berkurangan

Tenggelam di lautan edaran zaman
Hanyut dipukul ombak kenafsuan
Persekitaran dan keduniaan
Yang dipenuhi dengan..
Keladak kemaksiatan!
Akhirnya lemas di dasar lautan
Kejahilan
Terbiar diselaputi kekaratan
Jiwa dan kelemahan iman
Tanpa tarbiyah dan didikan

Jangan dibiarkan
Kekeliruan semakin celaru
Kecelaruan semakin haru-biru
Binalah islam dalam dadamu
Bersihkanlah jiwa dan hati
Tundukkanlah hatimu untuk
Islam..
Membina persediaan dengan keikhlasan

Yakinlah!!
Islam akan kembali gemilang
Menyingkir kejahilan dan kemaksiatan
Hati yang ikhlas akan disatukan
Yang akan mendukung
Panji islam
Janganlah ragu dan celaru
Kerana  segalanya telah
ALLAH janjikan!!

No comments:

Post a Comment