Sunday, 1 January 2012

cter seorang pemalas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin-rajin belaka, langsung tidak ada yang pemalas.
Jadi pada suatu hari, Rajanya membuat satu pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa pergumuman itu, ada seorang lelaki yang mengaku, Katanya : “Saya adalah yang paling malas" Raja pun bertanya : “Apa tahap kemalasan awak?” Jawab lelaki tersebut :”Kalau saya hendak makan,akan ada orang yang menyuapkan saya”. Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi dari dia Tuanku”. Tuanku pun bertanya kepadanya : “Sampai mana pulak tahap kemalasan awak?” Maka jawabnya : “Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan”. Maka Raja pun terdiam… Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata: “Saya adalah yang paling malas Tuanku”. Raja pun bertanya: “Bagaimana pula tahap kemalasan awak ?” Budak itu pun menjawab : “Nak cite pun malas”… Hahahahahahaha…

No comments:

Post a Comment